Syah dan Tina sahabat dan rakan seperjuangan di BSN pada tahun 2024, pertemuan kita singkat tapi keakraban kita sebagai sahabat tidak dapat dipisahkan. Dengan rasa terharu dan bangga, saya ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang menyatukan Syah dan Tina sebagai suami dan isteri sehingga akhir hayat. Masih ingat lagikah kata-kata saya dahulu waktu di BSN, yang syah suka si tina? Tapi kau taknak mengaku, dan sekarang dah terbukti 😝. Gurau saja ya. Harap tiada halangan, saya akan datang untuk memeriahkan majlis. Semoga perjalanan kamu sebagai suami isteri akan terus melangkah dengan tenang dan sabar dalam menghadapi semua tentangan dan cabaran. Tahniah sekali lagi untuk kamu berdua!
Ikhlas daripada ex-staf BSN terkacak dan paling dibenci oleh Lesley
OLIVER LIM