Selamat pengantin baru buat si cantik manis mas ❤️ Semoga hari bahagimu ini menjadi permulaan kebahagiaan yang tiada penghujung. Semoga Allah berkati rumahtanggamu, murahkan rezeki, dikurniakan anak yang soleh/solehah, dan sentiasa kekal cantik, bahagia serta disayangi suami sampai ke akhir hayat. Bahagia selalu ya🫂
Tahniah kawan ❤️ Akhirnya sampai juga hari bahagia ini. Semoga rumah tangga dibina atas kasih sayang dan kepercayaan. Jadilah pasangan yang saling melengkapi, menjaga hati satu sama lain, dan bahagia sampai ke syurga. Semoga segala impian berdua tercapai.
Selamat menempuh alam perkahwinan. Aku tumpang gembira melihat kau mas dah jumpa kebahagiaan sejati. Moga bahagia bersama pasangan pilihan kau mas🫂 hingga ke anak cucu 🤍
Selamat pengantin baru si cantik manis🌹 Berseri-seri betul pengantin kita ni. Jaga diri elok-elok ya kawan. Aku doakan fasa baru ni jadi permulaan yang paling indah dan lebih bahagia buat kau. You deserve all the happiness in the world❤️
Selamat pengantin baru kawan. Jaga diri baik-baik ya. Aku doakan semoga perkahwinan kali kedua ni membawa lebih banyak kebahagiaan dan ketenangan buat kau hingga ke akhir hayat. Kau layak untuk bahagia.
"Selamat pengantin baru buat adikku wanita yang paling kental abang kenali. Melihat adik bertemu dengan insan yang menghargai dan menjaga adik hari ini adalah satu kebahagiaan buat abang. Adik dah lalui macam-macam, dan sekarang adalah masa untuk adik berehat dalam dakapan cinta yang tulus. Semoga perkahwinan ini menjadi ganjaran terindah atas segala kekuatan adik selama ini. Abang selalu doakan adik.. Insya-allah majlis adik abang sampai.
"Selamat pengantin baru buat sahabatku yang sangat kuat. Saya saksi betapa hebatnya awak berjuang sendirian selama ini demi anak-anak. Akhirnya, Allah hantarkan seorang pelindung bukan sahaja untuk awak, tapi juga buat permata hati awak. Semoga masjid yang dibina ini menjadi syurga buat kalian sekeluarga, dan semoga anak-anak membesar dengan limpahan kasih sayang yang lebih sempurna daripada seorang ayah. Awak layak mendapat kebahagiaan ini."