Alhamdulillah...
Tahniah Kak Del dan Pasangan.Semoga mahligai yang dibina diberkati Allah,dilimpahkan kasih sayang yang utuh dan bahagia hingga syurga serta dipermudahkan segala kesulitan...
apih bollywood
from
terengganu December 10, 2025 at
4:34 pm
“Selamat pengantin baru buat kawanku dan pasangan yang dipilih hatinya. Semoga setiap langkah selepas ini jadi pintu rezeki, pintu bahagia dan pintu kekuatan. Bila penat, semoga kalian jadi tempat pulang antara satu sama lain. Moga Allah jagakan cinta ini sampai ke hujung nyawa dan disatukan lagi di syurga.”
tcer del and bakal suami (cikgu saidi)
Bunga cempaka di tepi perigi,
Harum mewangi sepanjang hari.
Burung terbang tinggi ke awan,
Singgah bertenggek di dahan jati.
Dua hati kini bersatu,
Mengikat janji sehidup semati.
Moga bahagia berkekalan selalu,
Dilimpah rahmat hingga ke akhir nanti.
Ema92
from
Negeri Sembilan December 10, 2025 at
12:11 pm
Selamat pengantin baru teacher del Dan suami.. semoga bahagia hingga ke anak cucu..... semoga sentiasa cantik dan cerita selalu.... terima kasih jugak sudi jadi kakak yg baik untuk ema....ema love akk sgt²....Selamat pengantin baru kakak dan suamai😭🥺
#ema kuat sampai ke tahap ni sbb ema ada akk² Dan abg² di team effort....
babyell
from
Johor bahru December 10, 2025 at
12:22 am
Ujung Pandang Kota Palu
Jalan-jalan tentunya seru
Pandang memandang tersipu malu
Alangkah indah pengantin baru,
Jangan kurangi isi sukatan
Hari libur ke telaga
Bahagia hati dalam ikatan
Moga bahagia hingga ke surga.
Disini saya ucapkan selamat pengantin baru kepada tcer del Dan pasanganan berbahagia dan kekal till jannaah💛
Assalamualaikum,
Tahniah kepada kedua-dua mempelai! Pada hari yang penuh bahagia ini, saya ingin mengucapkan selamat kepada Tcer Del dan Cikgu Saidi atas perkahwinan yang diberkati hari ini.
Terima kasih juga atas undangan yang diberikan. Semoga cinta dan kasih sayang kalian semakin berkekalan, dan rumah tangga kalian dipenuhi dengan kebahagiaan, ketenangan, dan keberkatan.
"Barakallahulakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fii khair"
Moga Allah menyatukan kalian berdua dalam kebaikan dan kasih sayang.
Selamat berbahagia hingga ke syurga! 🎉💕
- Tam Seniman Malaysia