Selamat Pengantin Baru kak syah🤍! 💍
Bismillahirrahmannirrahim.
Nasi minyak dah pun dihidang,
Pasangan segak cantik menawan,
Selamat pengantin baru kami ucapkan,
Moga kekal ke akhir zaman🤲🏻
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Semoga mahligai yang dibina ini dilimpahi dengan kasih sayang, ketenangan, dan keberkatan yang berpanjangan. Moga kalian saling melengkapi dan kekal bahagia bersama sehingga ke anak cucu dan ke syurga Jannah... Aamiin