Assalamualaikum mann .. finally mann !!!
Selamat menempuh alam yang baru man .
Beli kurma di Kota Kaherah,
Minum teh sambil membaca buku,
Dulu ke Mesir membawa harapan yang indah,
Kini ke pelamin bersama cinta yang satu 🤍
Xleh lupa mse kite kat mesir dlu struggle study, berjaga malam, menangis bila xtau nak baca apa dah Mase nk study ,homesick dan penat lelah kita nak habiskan study..memory tu xleh Lupe smpai bila2 man..maaf man,akk xbyk spend time dgn man bila dh balik mlysia .tp man,ekin sntiasa ada dalam doa Dan ingatan akk smpai bila2..syg korangg .
Alhamdulillah Allah hadiahkan jodoh yang terbaik untuk man🫶🏻
Semoga perkahwinan ini menjadi permulaan untuk lebih banyak bahagia, lebih banyak rezeki dan lebih banyak cinta kerana Allah.
Moga sentiasa kuat bersama dalam susah dan senang, saling bercinta hingga ke syurga 🤍✨
Happy wedding bestieee a.k.a adik tersayang 🌷
After all the storms, akhirnya sampai juga ke pelamin yang man impikan 🥹💐