Alhamdulillah... Selamat pengantin baru awak. Setinggi-tinggi tahniah atas ikatan suci yang telah disatukan dengan penuh kasih dan reda. Semoga perkahwinan ini menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan hidup yang indah, dipenuhi dengan cinta yang ikhlas, kesabaran dalam menghadapi ujian, serta kepercayaan yang tidak pernah pudar.
Semoga setiap langkah yang dilalui bersama sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan, rezeki yang melimpah, dan ketenangan dalam rumah tangga. Saat susah dan senang, semoga sentiasa saling menguatkan, memahami dan menyayangi hingga ke akhir hayat.
Moga ikatan ini kekal utuh, diberkati di dunia dan disatukan kembali di syurga. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal'alamiin🤲🏼🤲🏼🤲🏼 Really really really happy for you🥹🥹🥹